ciri-ciri seorang sahabat yang baik Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Teman, seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut: • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu; • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu; • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu; • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik; • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu; • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu; • Jika datang sesuatu bencan
Komentar
Posting Komentar